TENTANG PEKAYATIM

PROFIL PERTUBUHAN
Nama Pertubuhan:
PERTUBUHAN KEBAJIKAN ANAK-ANAK YATIM KELANTAN ( PEKA YATIM )
No. Pendaftaran: 1193 / 96 ( Kelantan )
Tarikh Pendaftaran : 10 hb Julai 1996
Alamat Berdaftar: Lot 523, Jln Raja Perempuan
Zainab ll,Kubang Kerian,
16150 Kota Bharu,Kelantan.
Telefon dan Fax :09 – 7654286 ( tel pejabat )
09 – 7653543 (fax pejabat )

Alamat Asrama :
PT 514 – 519, Desa Rahmat,
Jalan Guchil Bayam,
15200 Kota Bharu, Kelantan.
Telefon dan Fax :09 – 7658180 ( tel asrama )
09 – 7658180 ( fax asrama )
E – mail : pekayatim2010@yahoo.com
WEBSITE: http://pekayatim.blogspot.com

OBJEKTIF PERTUBUHAN

Antara objektif penubuhan PEKA YATIM adalah :
1. Memberi bantuan, pendidikan serta khidmat
masyarakat dari masa ke semasa kepada anak – anak yatim dan orang yang kurang bernasib baik.
2. Melahirkan generasi yang seimbang dari segi mental, fizikal dan kerohanian.
3. Membimbing dan membentuk sahsiah dan peribadi anak – anak.
4. Memberi perlindungan dengan mengumpul dan memelihara anak – anak yatim dan miskin disamping menjaga kebajikan mereka.


STRUKTUR ORGANISASI

Senarai Ahli Jawatankuasa
Yang DiPertua Haji Ab. Azais bin Jusoh
Naib Yang DiPertua Nik Mohd Nasrudeen B. Nik Ab. Rahman
Setiausaha Haji Abd Rahman bin Ahmad
Pen. Setiausaha Haji Mohd Azham Zamiri bin Abd Rahim
Bendahari Mazlin bin Mohd Nor
Ahli Jawatankuasa
Haji Abd. Ghani bin Yunus
Ahmad Hilmy Al-Hafiz
Sharuddin bin Ismail
Yusof bin Ibrahim
Raja Hussin bin Raja Yacob
Mat Ila bin Mat
Yusof bin Hamat
Ahmad Taufik bin Shafie
Haimi bin Hamzah
Mustafa bin Musa



TENAGA PENGAJAR DAN KAKITANGAN ASRAMA

Tenaga Pengajar Dan Kakitangan Asrama
Pengetua Ustaz Ahmad Hilmy bin Ahmad
Guru Tahfiz Ustaz Abd. Manaf bin Mustapha
Guru Nazirah Ustaz Sahbuddin B. Mohamed
Guru Tarannum Ustaz Mansor bin Muda
Tukang Masak Ustaz Yusof bin Musa

AKTIVITI PEKAYATIM
Di dalam memberi pendidikan kepada anak – anak dibawah jagaannya, PEKA YATIM berusaha memberikan pendidikan
yang terbaik untuk diri mereka sebagai saham untuk keluarga yang telah tiada. PEKA YATIM telah merangka pelbagai aktiviti
untuk memberikan persediaan dan bimbingan kepada anak – anak dibawah jagaannya. Antara program yang dilaksanakan ialah
Kelas Celik Al-Quran, Kelas Tahfiz Al- Quran, Kelas Qiraatus Sab’aah, Kelas Fardhu Ain disamping kelas computer, khemah ibadah,
kem motivasi, lawatan sambil belajar dan sebagainya. Aktiviti – aktiviti ini amat penting bagi membina sahsiah dan peribadi
mulia sebagai pelajar dan insan yang berguna. Sehingga hari ini PEKA YATIM telah berjaya melahirkan generasi pelajar
seramai 20 orang yang bergelar “ Al-Hafiz “ dan mereka telah dihantar ke serata tempat untuk mengimami solat tarawih
sepanjang bulan Ramadhan. Kini ada diantara mereka yang meneruskan keseinambungan ini dengan berkhidmat sebagai guru
di madrasah – madrasah dan masjid serta menjadi imam bertauliah dan mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Agama Islam.

Berikut diringkaskan aktiviti yang dijalankan oleh pertubuhan, antaranya :
1. Pengajian Al-Quran
2. Kelas Tahfiz Al-Quran
3. Pendidikan di sekolah bantuan kerajaan
4. Gotong Royong
5. Mesyuarat Mingguan
6. Amalan Kerohanian
7. Bacaan Yasin dan Tahlil
8. Riadah
9. Kelas Asas Bahasa Arab
10. Kelas Qiraat

RENUNGAN

“ YA ALLAH KURNIAKAN KEPADA KAMI KEBAIKAN DI DUNIA DAN
JUGA KEBAIKAN DI AKHIRAT , SERTA JAUHILAH KAMI DARIPADA TERJERUMUS
KEDALAM SEKSAAN API NERAKA .” - AL-BAQARAH

Sebaik-baik kurniaan Allah s.w.t. itu apabila kita dapat berkongsi bersama mereka yang
amat-amat memerlukan . Bagi yang dikurniakan Allah s.w.t. dengan ilmu pengetahuan sayugia di manfaatkan ilmu itu dengan menyebarkannya. Bagi yang mempunyai kekuatan fizikal manfaatkan kekuatan itu dengan membantu mereka yang lemah . Manakala yang mempunyai harta yang melimpah ruah manfaatkan ia dengan bersedeqah , berderma dan berzakat. Ingatlah .........tidak akan kurang harta yang kamu infaqkan melainkan Allah s.w.t. akan menggandakannya kepada bilangan yang tidak mampu kita hitungi. Saudara dan saudari sekalian, Andainya anda inginkan kebaikan didunia dan akhirat, kami mempelawa anda untuk menaja anak-anak dibawah seliaan kami untuk menjadi penghafaz-penghafaz Al-Quran.Kami di PEKA YATIM sangat-sangat mengalukan sumbangan dari anda.Mudah-mudahan sumbangan yang anda hulurkan dapat meningkatkan lagi bilangan para huffaz yang lahir dari kalangan anak-anak yatim. Untuk pengetahuan, kami disini memberikan perkhidmatan secara percuma kepada anak-anak yatim serta anak-anak miskin yang datang dari seluruh Negara.Walaupun bilangan mereka tidak ramai kerana kami hanya dapat memuatkan 32 orang sahaja dalam satu-satu masa namun pembiayaan untuk makan /minum, asrama , pakaian ,pelajaran ,gaji pekerja, pembayaran bil-bil , aktiviti dan sebagainya menelan ribuan ringgit setiap bulan. Kami amat berbesar hati menerima sumbangan dalam bentuk apa sahaja, agar dapat di manfaatkan untuk anak-anak disini.Mungkin satu masa nanti kami akan dapat mengadakan bangunan sendiri dan menerima lebih ramai anak-anak untuk menjadi hafiz-hafiz Al-Quran dan dapat mengembangkan ilmu-ilmu mereka keseluruh Negara.
Kepada anda yang ingin menghulurkan sumbangan
, boleh menghubungi kami di talian :
09-7642780 ( pejabat ) 09-7658180 ( rumah pengetua )
013-9339143 / 013-9027762

Atau datang terus ke alamat :
Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran ,
Pertubuhan Kebajikan Anak – Anak Yatim Kelantan ( PEKA YATIM )
PT 514 – 519 Desa Rahmat , Jalan Guchil Bayam
15200 Kota Bharu , Kelantan.

Atau hulurkan terus sumbangan anda















































Pages






SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG PeKAYATIM

SLIDESHOW PEKAYATIM

Wednesday, February 24, 2010

Percutian Pekayatim di Pulau Perhentian

0 comments:

 
Copyright® 2010 © PEKAYATIM
Blogger Theme by oxpekez®